
Pusat Kewangan Lestari (CFS) telah mengadakan sesi Perbincangan Penjanaan Pendapatan di UMK Kampus Jeli pada 4 November 2025 yang dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Aweng a/l Eh Rak, Pengarah UMK Kampus Jeli bertempat di Bilik Mesyuarat Annona, Pusat Pentadbiran Kampus Jeli.
Perbincangan ini juga turut melibatkan Cik Emyzrah binti Othman, Penolong Pendaftar Kanan Pusat Pentadbiran Kampus Jeli dan wakil pegawai daripada Agro Techno Park (ATP), Pusat Sukan dan Bahagian Teknikal Kampus Jeli.

