UMK Kampus Jeli merupakan salah satu kampus UMK dan telah memulakan operasi sepenuhnya mulai 1 Januari 2012. UMK Kampus Jeli berada dalam kawasan hutan Gemang yang dikelilingi oleh bukit kecil yang menarik. Dengan lokasi yang strategik antara Bandar Tanah Merah dan Bandar Jeli, kampus Jeli berada di jalan raya Timur Barat yang menghubungKan Timur dan Barat. Dengan keluasan 279 ekar, Kampus Jeli buat masa ini menempatkan 3 fakulti iaitu Fakulti Industri Asas Tani (FIAT), Fakulti Sains Bumi (FSB) dan Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) serta beberapa Pusat Kecemerlangan Universiti yang berfokuskan pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti penyelidikan iaitu Agro Techno Park (ATP), Institut Penyelidikan Jaminan Makanan & Pertanian Lestari (IFFSA) dan Gold Rare Earth & Material Technopreneurship Centre (GREAT).
Selain itu, UMK Kampus Jeli juga menempatkan pusat-pusat pentadbiran yang menawarkan perkhidmatan kepada warga kampus di bawah penyelarasan oleh Pengarah UMK Kampus Jeli di Pusat Pentadbiran Kampus Jeli.
"Peneraju Perkhidmatan Kampus yang Cekap, Pantas dan Berintegriti"
"Menyediakan perkhidmatan sokongan yang cemerlang menerusi pematuhan piawaian piagam pelanggan, pengurusan dokumen yang sistematik dan pemerkasaan saluran maklum balas yangbtelus dan berintegriti"